Kerajaan negeri Perak komited memperkasa Orang Kurang Upaya, OKU menerusi pelbagai cabang kemahiran di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) OKU.<br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud program berkenaan diadakan bagi menyediakan peluang sama rata terhadap golongan itu.
